Thursday, May 28, 2015

Plan Takaful Puteri






MANFAAT TAKAFUL PUTERI

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus
Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu RM50,000, RM100,000 atau RM150,000


Pelan Takaful Puteri menawarkan :

    Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:

    Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
    Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)



MANFAAT PENJAGAAN WANITA


A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

Kanser berkaitan wanita

    Kanser payudara atau
    Kanser Uterus Serviks atau
    Kanser Tiub Falapio atau
    Kanser Ovari atau
    Kanser Uterus atau
    Kanser Vagina/Vulva

atau

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.


B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

    Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
    Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
    Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
    Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis

MANFAAT PENJAGAAN IBU

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar


Komplikasi Kehamilan

    Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
    Kehamilan Ektopik atau
    Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
    Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
    Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongential Bayi

    Sindrom Down atau
    Kecacatan Vetrikel Septum atau
    Kecacatan Atrium Septum atau
    Spina Bifida atau
    Lelangit Rekah

Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.
Nota :

Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan.



Sunday, May 17, 2015

Assalamualaikum.


Sumber carian : Google.com

*Keratan akhbar Berita Harian





Friday, May 15, 2015

GBOP Prudential by Zuhaimi Ibrahim

Assalamualaikum.



Alhamdulillah!! Sekali lagi Million Dollar Agency, Sar Group telah mengadakan GBOP atau pun 'Grand Business Opportunity Presentation' pada hujung bulan ini.

Apa ada pada GBOP tu?? 
'Grand Business Opportunity Presentation' adalah satu sesi penerangan secara besar-besaran mengenai bisnes Takaful di dalam industri insurans. Dimana dalam sesi ini juga anda berpeluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang Takaful. Sesi soal jawab juga akan berlangsung untuk memberikan lebih pendekatan kepada anda.

Siapakah yang akan memberi penerangan pada majlis tersebut?
Pada sesi kali ini, peserta amat bertuah kerana dapat mendengar penerangan dari salah seorang UM2 dari agensi kami, iaitu Zuhaimi Ibrahim yang sangat berjaya dan berkaliber. Beliau berusia diawal 30-an mempunyai pengalaman yang luas. Seorang bekas jurutera dari salah satu syarikat terkemuka di Malaysia dan merupakan graduan dari Tokyo University of Technology. Memilih bidang insuran/takaful sebagai titik tolak untuk membina pasukannya yang tersendiri. Kini, beliau mempunyai empayar yang besar dalam bidang takaful/insuran ini. Bermula daripada bawah seperti yang lain, mengorak langkah satu demi satu dalam mencapai kejayaan.

Apakah yang perlu dibawa?
Diri anda yang berminda segar dan lapang dada yang ingin tahu mengenai 'the beauty of Takaful'.

Adakah yuran dikenakan?
Jawapannya TIDAK sama sekali. Ianya adalah PERCUMA.

Bagaimana mahu menyertai GBOP ini?
Anda boleh menghubungi saya melalui talian/whatsapp untuk tempahan tempat duduk. Ianya adalah terhad.


Email : nurfahida.prubsntakaful@gmail.com
Facebook : Iyda Juhar
Telefon/ Whatsapp : +6010 401 2310


 


Wednesday, May 13, 2015

Ejen Luar Kawasan


Assalamualaikum.

Kebelakangan ini, ada segelintir kenalan dan rakan agak keliru dengan status kerja saya. Hahah!! Alhamdulillah!! Saya masih lagi Ejen Takaful bersama dengan Prudential. Cumanya tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya dek kerana faktor kesihatan.

Apabila disahkan mengandung anak kedua, pelbagai cabaran saya hadapi berkenaan dengan alahan. Bermula dengan 'bleeding' kemudian gatal-gatal dan itu belum lagi termasuk mual dan pening. Allahuakbar. Betul la kataorang tua-tua, mengandungkan anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, semuanya berbeza.

Oleh itu, saya telah menghadkan aktiviti saya untuk 'travel' dalam jarak yang jauh. Jadinya, saya banyakkan berehat dirumah. Banyak membuat kerja dari rumah. Berinteraksi dengan 'clients' dari rumah sahaja melalui email, watsapp, facebook dan segala media sosial yang memudahkan.

Ini adalah salah satu 'Beauty of  This Business'. Kita bukan bekerja makan gaji tapi ini adalah bisnes kita sendiri. Selagi bergelar ejen, kita lah bos dan kita lah pekerjanya. Lain pula apabila, kita mahu dinaikkan pangkat menjadi Unit Manager.

Alhamdulillah!! Kerja dengan masa yang fleksibel dan boleh diaturkan sendiri. Tak perlu pening kepala untuk minta cuti bila tak sihat atau ada sebarang kecemasan. Ini lah yang saya cari. Dalam masa yang sama, gaji saya masuk seperti biasa.




Kami ke Prudential/PruBSN Cawangan Mentakab untuk mengambil borang proposal yang baru sambil menyelesaikan beberapa tugas penting.

Kemudian, kami terus ke Old Town White Coffe, Temerloh untuk berjumpa dengan Unit Manager saya, Puan Kaiulani Bujang yang datang dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah!! Saya sangat teruja dan gembira. Ye lah, saya kan 'outstation agent' jadi nya bila UM datang tu semangatnya lebih la. Hahhaha!! Terima kasih Kay sudi datang ke sini. Kami memulakan dengan 'coaching session' macam biasa dan seterusnya bergilir-gilir untuk kemaskini aktiviti semasa juga memberikan laporan semasa.

Alhamdulillah!! Semuanya berjalan lancar. Terima kasih Kay !!

Senang menjadi Ejen Takaful bersama Prudential ni, banyak cawangan yang ada disetiap negeri untuk memudahkan kita bekerja.

Contohnya, macam saya yang berdaftar di bawah SAR Group Million Dollar Agency dan lokasinya di Petaling Jaya. Tapi saya menetap di Pahang, maka untuk sebarang urusan rasmi, saya boleh keman-mana sahaja cawangan yang terdekat di Pahang. Biasanya, saya akan ke Prudential/PruBSN Cawangan Mentakab untuk menyelesaikan sebarang urusan.

Dan kerjaya ini juga boleh menyertainya sebagai 'Full-timer' atau pun 'Part-timer', terpulang pada diri dan keadaan masing-masing.

Best kan?? Mahu tahu lebih lanjut boleh hubungi saya ye :

Email : nurfahida.prubsntakaful@gmail.com
Facebook : Iyda Juhar
Telefon/ Whatsapp : +6010 401 2310




Thursday, April 30, 2015

Peluang Kerjaya Bersama Prudential Takaful

Assalamualaikum.


 (Maaf gamba kurang memuaskan)





“Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agent PruBSN Takaful sama ada 'Part Time' atau 'Full Time', berikut adalah syarat-syarat minimum yang perlu dipenuhi.”


Permohonan Ejen baru

Syarat Kelayakan (minimum)
  • Pemohon mestilah berumur antara 18 tahun hingga 55 tahun
  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR)
  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (minimum lulus 5 matapelajaran)


**Bagi yang berminat boleh menghubungi saya terus, seperti pada nombor yang tertera dibawah.


SAR Group Million Dollar Agency

Assalamualaikum.



Alhamdulillah!! Saya sebagai ejen Prudential bernaung di bawah salah satu agensi yang berkembang pesat iaitu SAR Group.

SAR Group berpangkalan di Philleo Damansara dan kini telah berkembang ke serata Malaysia. Berikut merupakan cawangan kami :
  • Petaling Jaya (HQ)
  • Klang
  • Kajang
  • Seremban
  • Melaka
  • Kuala Terengganu
  • Kuantan
  • Johor Bharu
  • Ipoh
  • Seberang Jaya

Inshaallah!! Tiada masalah, anda bole bekerja dimana-mana sahaja. Pejabat sentiasa ada untuk anda. Mudah kan?






Wednesday, April 29, 2015

The More You Give, The More You Get

Assalamualaikum.

Sumber carian : Google


Ini adalah salah satu pepatah Inggeris yang saya suka. Sebelum ini "what you give, you get back". Tapi disebabkan kurang berkenan dengan perkataan "back" itu, jadi saya beralih kepada pepatah yang baru. Lebih jelas yang sederhana maksudnya.

Setiap daripada kita, pastinya mempunyai keinginan tersendiri. Begitu juga dengan saya yang mempunyai impian yang tinggi. Dalam mengejar impian kadang-kadang kita terlupa untuk memberi dan cuma mengharapkan untuk menerima sahaja.

Dalam masa yang sama, kadang-kadang kita suka membandingkan harga yang dibayar dengan tugas yang diberi. Padahal kita lupa, ilmu yang kita dapat dan pengalaman yang digendong leboh berharga dan tidak ternilai.

Konsep memberi disini, bukan bermaksud dari segi kewangan sahaja. Ianya datang dari pelbagai bentuk. Memberi tanpa mengharapkan balasan. Itulah yang lebih IKHLAS.

Subhanallah!! Semoga kita sama-sama muhasabahkan diri.



Copyright to IYDA JUHAR
Designed by UMIESUEstudio 2015