Assalamualaikum.
Alhamdulillah!! Setelah 4 tahun menjadi Ejen Takaful, akhirnya saya memberanikan diri untuk mengadakan akaun khas bagi PruBSN Takaful Untuk Kita. Sebelum ini, saya agak risau untuk mempunyai akaun yang asing selain daripada akaun "facebook" saya sendiri, risau tiada kesempatan untuk mengemaskini status semasa.
Tujuan paling utama, akaun ini diadakan adalah khas buat "clients" saya. Ini supaya, mereka boleh mengetahui aktiviti saya dari masa ke semasa.
Akaun ini yang bertindak sebagai "fanpage" bertujuan untuk berkongsi segala info serta senario semasa yang berkaitan dengan PruBSN Takaful. Ianya lebih kepada berkonsepkan santai.
Inshaallah! Saya akan selitkan juga perjalanan kisah seorang Ejen Takaful. Disamping itu, berkongsi kejayaan dan penat lelah dalam membangunkan diri dalam bidang ini. Kepada mereka yang berminat atau pun ingin mengetahui bagaimana untuk bermula menjadi sebagai Ejen, akan turut saya kongsikan bersama dari masa ke semasa. Ini kerana, pihak agensi kami sentiada menganjurkan Grand BOP (Grand Business Opportunity Presentation) bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk mengetahui lebih dekat tentang bidang insuran.
Jangan lupa untuk LIKE fanpage PruBSN Takaful Untuk Kita.
No comments:
Post a Comment