Monday, April 13, 2015

Profil Penulis

Assalamualaikum.

Sedikit pengenalan dari saya, Iyda Juhar.

Nama Iyda Juhar adalah nama yang saya gunakan di alam maya ini sejak tahun 2007 lagi. Semuanya menggunakan nama yang sama untuk setiap ID bagi media sosial samada Facebook, Instagram, Twitter, Tumblr dan sebagainya.

Nama penuh saya, Nurfahida bt Fauzi. Saya berasal dari Kelantan. Sememangnya anak jati asli dari Kelantan. Saya bersekolah di Kelantan dan kebetulan juga, mendapat rezeki menyambung pengajian diploma di Kelantan. Saya adalah graduan Diploma in Business Study dari UiTM, Machang, Kelantan. Alhamdulillah!! Menamatkan diploma dalam masa yang ditetapkan.

Setelah itu, saya memilih untuk mencari pengalaman dalam bekerja dahulu. Pekerjaan pertama saya bermula di Kinokuniya Bookstore, KLCC. Pengalaman pertama bekerja dengan budaya orang Jepun. Semuanya amat teratur dan berdisiplin.

Kemudian, saya mendapat tawaran bekerja di Burger King, di bahagian pengurusan sebagai Pembantu Akaun. Pengalaman pertama bekerja dalam suasana pejabat. Biasanya, kalau disebut kerja pejabat pastinya waktu bekerja 9 pagi ke 5 petang. Tapi tidak di Burger King. Biasanya saya akan di pejabat pada jam 8.30 pagi dan akan meminggalkan pejabat pada 8 malam. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Namun sedikit pun, saya tidak merasa tertekan atau terbeban. Dek kerana, usia yang muda dan status yang bujang, tiada komitmen dirumah yang perlu difikirkan. Malah, ketika itu agak gembira kerana boleh membuat kerja "overtime". Disamping itu, mahu mengutip sebanyak boleh pengalaman kerja.

Beberapa tahun berkhidmat di Burger King, kemudian saya mendapat tawaran yang lebih menarik dari Comptel Sdn Bhd yang ketika itu beroperasi di TPM, Bukit Jalil untuk jawatan Eksekutif Akaun. Alhamdulillah!! Tawaran gajinya juga agak menarik. Comptel Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang berpangkalan di Finland dan syarikat telekomunikasi yang menghasilkan "software" untuk pelanggannya.

Pekerjaan bermajikan saya yang terakhir ialah sebagai "Customer Support Specialist" merupakan pekerjaan paling ringan yang pernah saya lalui. Jawatan yang sangat santai, pakaian yang santai dan tiada perkataan "brought forward" seperti akaun. Terasa bebas daripada bebanan "dateline". Syarikat Agoda ini merupakan syarikat yang menyediakan servis untuk penempahan bilik hotel. Semuanya dilakukan hanya dialam maya. Tiada melibatkan sebarang kertas disini.

Setelah mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta pada tahun March 2011, tiga bulan selepas itu saya diminta untuk berhenti kerja dan mengikutnya ke Pahang. Ini kerana, suami saya bertugas di Pahang. Maka, bermulalah jawatan sebagai surirumah dan penganggur. Tapi jawatan itu hanya bertahan selama sebulan sahaja. Saya mula secara perlahan-lahan mencari satu cabang kerja yang masanya fleksibiliti dan tidak terikat dengan jadual pejabat. 

Alhamdulillah!! Tuhan telah membuka jalan untuk saya bagi menceburi bidang insuran/takaful. Saya segera menghubungi ejen insuran saya, Kaiulani Bujang. Kami membuat satu perjumpaan, beliau telah menerangkan skop dan syarat yang diperlukan untuk saya menjadi ejen seperti beliau. Saya telah menduduki 3 jenis peperiksaan oleh Malaysia Institute Insurance (MII) dan telah lulus semuanya. Setelah itu, saya telah didaftarkan untuk mendapatkan lesen dari Bank Negara. 

Pada November 2011, saya telah mendapatkan kod dan lesen dari Bank Negara sebagai ejen yang sah dan berdaftar dibawah Prudential Assurance Bhd. Alhamdulillah!!!

Maka, bermula lah kerjaya saya sebagai ejen yang "Freelance".

Semoga sedikit perkongsian ini sebagai pengenalan kita di alam maya. Terima kasih kerana sudi membaca.





No comments:

Copyright to IYDA JUHAR
Designed by UMIESUEstudio 2015