Wednesday, April 29, 2015

The More You Give, The More You Get

Assalamualaikum.

Sumber carian : Google


Ini adalah salah satu pepatah Inggeris yang saya suka. Sebelum ini "what you give, you get back". Tapi disebabkan kurang berkenan dengan perkataan "back" itu, jadi saya beralih kepada pepatah yang baru. Lebih jelas yang sederhana maksudnya.

Setiap daripada kita, pastinya mempunyai keinginan tersendiri. Begitu juga dengan saya yang mempunyai impian yang tinggi. Dalam mengejar impian kadang-kadang kita terlupa untuk memberi dan cuma mengharapkan untuk menerima sahaja.

Dalam masa yang sama, kadang-kadang kita suka membandingkan harga yang dibayar dengan tugas yang diberi. Padahal kita lupa, ilmu yang kita dapat dan pengalaman yang digendong leboh berharga dan tidak ternilai.

Konsep memberi disini, bukan bermaksud dari segi kewangan sahaja. Ianya datang dari pelbagai bentuk. Memberi tanpa mengharapkan balasan. Itulah yang lebih IKHLAS.

Subhanallah!! Semoga kita sama-sama muhasabahkan diri.



No comments:

Copyright to IYDA JUHAR
Designed by UMIESUEstudio 2015