Wednesday, April 29, 2015

Konsep Takaful Dalam PruBSN Takaful

Assalamualaikum.


Hari ini saya akan bercerita tentang konsep takaful dalam insuran (PruBSN Takaful), oleh kerana ada sesetengah masyarakat yang keliru tentang ini. 



Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Tahap kehidupan yang berubah-ubah.

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

- Berdasarkan Syariah
Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

- Komprehensif
Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

- Pulangan pelaburan yang tinggi
Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda
Dana Ekuiti
Dana Urus
Dana Aman
Dana Ekuiti Dinasti (Dana Shariah dari negara China)

Berikut merupakan surat daripada Bank Negara atas lesen Takaful kepada Prudential BSN Takaful.






Thursday, April 23, 2015

Grand BOP Prudential by Azidi Adnan

Assalamualaikum.



Alhamdulillah!! Sekali lagi Million Dollar Agency, Sar Group telah mengadakan GBOP atau pun 'Grand Business Opportunity Presentation' pada hujung minggu ini.

Apa ada pada GBOP tu?? 
'Grand Business Opportunity Presentation' adalah satu sesi penerangan secara besar-besaran mengenai bisnes Takaful di dalam industri insurans. Dimana dalam sesi ini juga anda berpeluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang Takaful. Sesi soal jawab juga akan berlangsung untuk memberikan lebih pendekatan kepada anda.

Siapakah yang akan memberi penerangan pada majlis tersebut?
Kali ni, anda berpeluang untuk mendengar penerangan serta pengalaman dari salah Unit Manger 2 kami, iaitu Encik Azidi Adnan. Beliau yang baru berusia diawal 30-an mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Takaful ini. Dengarkan kisah bagaimana beliau bermula dan mencapai kejayaan hingga ke tahap sekarang.

Apakah yang perlu dibawa?
Diri anda yang berminda segar dan lapang dada yang ingin tahu mengenai 'the beauty of Takaful'.

Adakah yuran dikenakan?
Jawapannya TIDAK sama sekali. Ianya adalah PERCUMA.

Bagaimana mahu menyertai GBOP ini?
Anda boleh menghubungi saya melalui talian/whatsapp untuk tempahan tempat duduk. Ianya adalah terhad.




Tuesday, April 21, 2015

Panel Hospital : KPJ Rawang Specialist Hospital

Assalamualaikum.






Alhamdulillah!! Info terkini berkenaan lagi penambahan panel hospital untuk PruBSN Takaful. Berita baik untuk semua pencarum PruBSN Takaful, terutamanya sekitar Rawang dan Sungai Buloh.

Inshaallah! Berkuatkuasa 20 Mei 2015, KPJ Rawang Specialist Hospital akan jadi panel untuk pemegang polisi PruBSN Takaful.



Wednesday, April 15, 2015

Prudential Entrepreneur Development Programme (EDP)

Assalamualaikum.




Prudential Entrepreneur Development Programme?? Apa tu??

Ini adalah merupakan antara program kerjaya yang terbaru telah dilancarkan oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad. Peluang kerjaya ini terbuka kepada semua warga Malaysia khususnya bagi "fresh graduate".

Pengambilan Sesi telah bermula dan bakal berakhir pada 31 Mei 2015.

Kerjaya sebagai Ejen Takaful
  • Pendapatan bulanan bermula dari RM 3,000/RM 4,000/ RM5,000 (ikut kelayakan)
  • Bonus bagi "Sales & Recruitment" sehingga RM20,000
  • Bonus pada bulan ke-4
  • Insentif  seperti percutian percuma ke luar negara dan juga gajet. (Ipad Air 2, London Trip)

Program ini akan membantu anda:
  • membina pendapatan yang stabil
  • membina kerjaya yang berterusan dengan mempunyai "team" dan agensi sendiri
  • waktu kerja yang fleksibiliti
  • "training & coaching" disediakan dari masa ke semasa

Kelayakan yang diperlukan ialah :
  • minima SPM dgn 5 lulus
  • berkeyakinan untuk menempuh cabaran dunia baru



PruBSN Takaful Untuk Kita di Fanpage Facebook

Assalamualaikum.

Alhamdulillah!! Setelah 4 tahun menjadi Ejen Takaful, akhirnya saya memberanikan diri untuk mengadakan akaun khas bagi PruBSN Takaful Untuk Kita. Sebelum ini, saya agak risau untuk mempunyai akaun yang asing selain daripada akaun "facebook" saya sendiri, risau tiada kesempatan untuk mengemaskini status semasa.

Tujuan paling utama, akaun ini diadakan adalah khas buat "clients" saya. Ini supaya, mereka boleh mengetahui aktiviti saya dari masa ke semasa. 

Akaun ini yang bertindak sebagai "fanpage" bertujuan untuk berkongsi segala info serta senario semasa yang berkaitan dengan PruBSN Takaful. Ianya lebih kepada berkonsepkan santai. 

Inshaallah! Saya akan selitkan juga perjalanan kisah seorang Ejen Takaful. Disamping itu, berkongsi kejayaan dan penat lelah dalam membangunkan diri dalam bidang ini. Kepada mereka yang berminat atau pun ingin mengetahui bagaimana untuk bermula menjadi sebagai Ejen, akan turut saya kongsikan bersama dari masa ke semasa. Ini kerana, pihak agensi kami sentiada menganjurkan Grand BOP (Grand Business Opportunity Presentation) bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk mengetahui lebih dekat tentang bidang insuran.




Terima kasih kepada mereka yang menyokong!

Jangan lupa untuk LIKE fanpage PruBSN Takaful Untuk Kita.

Monday, April 13, 2015

Profil Penulis

Assalamualaikum.

Sedikit pengenalan dari saya, Iyda Juhar.

Nama Iyda Juhar adalah nama yang saya gunakan di alam maya ini sejak tahun 2007 lagi. Semuanya menggunakan nama yang sama untuk setiap ID bagi media sosial samada Facebook, Instagram, Twitter, Tumblr dan sebagainya.

Nama penuh saya, Nurfahida bt Fauzi. Saya berasal dari Kelantan. Sememangnya anak jati asli dari Kelantan. Saya bersekolah di Kelantan dan kebetulan juga, mendapat rezeki menyambung pengajian diploma di Kelantan. Saya adalah graduan Diploma in Business Study dari UiTM, Machang, Kelantan. Alhamdulillah!! Menamatkan diploma dalam masa yang ditetapkan.

Setelah itu, saya memilih untuk mencari pengalaman dalam bekerja dahulu. Pekerjaan pertama saya bermula di Kinokuniya Bookstore, KLCC. Pengalaman pertama bekerja dengan budaya orang Jepun. Semuanya amat teratur dan berdisiplin.

Kemudian, saya mendapat tawaran bekerja di Burger King, di bahagian pengurusan sebagai Pembantu Akaun. Pengalaman pertama bekerja dalam suasana pejabat. Biasanya, kalau disebut kerja pejabat pastinya waktu bekerja 9 pagi ke 5 petang. Tapi tidak di Burger King. Biasanya saya akan di pejabat pada jam 8.30 pagi dan akan meminggalkan pejabat pada 8 malam. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Namun sedikit pun, saya tidak merasa tertekan atau terbeban. Dek kerana, usia yang muda dan status yang bujang, tiada komitmen dirumah yang perlu difikirkan. Malah, ketika itu agak gembira kerana boleh membuat kerja "overtime". Disamping itu, mahu mengutip sebanyak boleh pengalaman kerja.

Beberapa tahun berkhidmat di Burger King, kemudian saya mendapat tawaran yang lebih menarik dari Comptel Sdn Bhd yang ketika itu beroperasi di TPM, Bukit Jalil untuk jawatan Eksekutif Akaun. Alhamdulillah!! Tawaran gajinya juga agak menarik. Comptel Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang berpangkalan di Finland dan syarikat telekomunikasi yang menghasilkan "software" untuk pelanggannya.

Pekerjaan bermajikan saya yang terakhir ialah sebagai "Customer Support Specialist" merupakan pekerjaan paling ringan yang pernah saya lalui. Jawatan yang sangat santai, pakaian yang santai dan tiada perkataan "brought forward" seperti akaun. Terasa bebas daripada bebanan "dateline". Syarikat Agoda ini merupakan syarikat yang menyediakan servis untuk penempahan bilik hotel. Semuanya dilakukan hanya dialam maya. Tiada melibatkan sebarang kertas disini.

Setelah mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta pada tahun March 2011, tiga bulan selepas itu saya diminta untuk berhenti kerja dan mengikutnya ke Pahang. Ini kerana, suami saya bertugas di Pahang. Maka, bermulalah jawatan sebagai surirumah dan penganggur. Tapi jawatan itu hanya bertahan selama sebulan sahaja. Saya mula secara perlahan-lahan mencari satu cabang kerja yang masanya fleksibiliti dan tidak terikat dengan jadual pejabat. 

Alhamdulillah!! Tuhan telah membuka jalan untuk saya bagi menceburi bidang insuran/takaful. Saya segera menghubungi ejen insuran saya, Kaiulani Bujang. Kami membuat satu perjumpaan, beliau telah menerangkan skop dan syarat yang diperlukan untuk saya menjadi ejen seperti beliau. Saya telah menduduki 3 jenis peperiksaan oleh Malaysia Institute Insurance (MII) dan telah lulus semuanya. Setelah itu, saya telah didaftarkan untuk mendapatkan lesen dari Bank Negara. 

Pada November 2011, saya telah mendapatkan kod dan lesen dari Bank Negara sebagai ejen yang sah dan berdaftar dibawah Prudential Assurance Bhd. Alhamdulillah!!!

Maka, bermula lah kerjaya saya sebagai ejen yang "Freelance".

Semoga sedikit perkongsian ini sebagai pengenalan kita di alam maya. Terima kasih kerana sudi membaca.





Thursday, April 9, 2015

Selamat Datang


PENAFIAN
"Saya adalah seorang agent di bawah agensi yang mewakili Syarikat PruBSN Takaful Bhd. Maklumat di dlm blog ini hanyalah penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya dan bukan sebahagian daripada sijil. Saya dan syarikat PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dgn wakil sah utk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my"



Copyright to IYDA JUHAR
Designed by UMIESUEstudio 2015